Bahasa Melayu

Sebuah pek mod Minecraft ringkas yang memfokuskan peningkatan prestasi dan grafik.

Prestasi

Fabulously Optimized adalah lebih pantas daripada OptiFine dikeranakan mod prestasi moden seperti Sodium, Lithium dan yang lain. Mod yang disertakan telah dipilih dengan teliti agar selamat dipakai di dunia anda dan memberikan manfaat kelajuan yang ketara pada mana-mana peranti.

Sokongan ciri OptiFine

Fabulously Optimized menyokong kebanyakkan ciri OptiFine termasuk pembayang, tekstur bersambung dan zum. Jika pek sumber anda menyatakan "OptiFine diperlukan," ia mungkin akan berfungsi di sini juga. Anda juga boleh mendapatkan mantel percuma anda sendiri!

Terasa biasa

Fabulously Optimized menyertakan ciri yang membolehkan anda merasai Minecraft seperti yang anda ingat, tidak kira versi yang anda gunakan sebelum ini. Ini bermakna anda boleh menggunakan pengawal permainan, bermain dunia tempatan dengan rakan, lihat kemajuan dalam tetingkap yang besar dan banyak lagi.

Berfungsi di mana-mana sahaja

Fabulously Optimized tidak menyertakan sebarang mod berkandungan, jadi anda boleh bermain di mana-mana dunia atau pelayan. Walaupun anda boleh menggunakan mana-mana pelancar permainan untuk memainkan pek, kami mengesyorkan dan memberikan sokongan bagi pelancar-pelancar khusus yang menawarkan pengalaman terbaik.

Sentiasa dikemas kini

Fabulously Optimized menerima pengemaskinian yang pantas dan berdiri sebagai salah satu pek mod pertama untuk menaik taraf kepada versi Minecraft yang lebih baharu. Pengemaskinian pek mod ini adalah mudah dan akan mengekalkan tetapan mod anda, jika boleh.

Dibina pada Fabric

Fabulously Optimized menggunakan pemuat mod Fabric, yang ringan, pantas dan menyokong banyak mod. Anda boleh menggunakan pek mod ini sebagai asas lalu anda boleh menambahkan mod kegemaran anda.

Pembangunan terbuka

Fabulously Optimized adalah sumber terbuka, dan begitu juga dengan kebanyakan modnya. Kami mengalu-alukan cadangan pengguna dan bekerjasama dengan pembangun mod untuk mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik untuk semua orang.

Komuniti yang membantu

Kami mempunyai komuniti yang kian hari kian membesar penuh dengan ahli yang mesra dan gemar membincangkan pek ini, menterjemah kandungannya, dan saling menolong antara satu sama lain. Sertai kami hari ini!

Soalan Lazim

S: Bagaimana saya boleh memasang mod, mengemas kini mod, menambah mod atau melakukan benda lain?

J: Terdapat jawapannya dalam wiki kami.

S: Sesuatu telah rosak atau kamu patut tambah sesuatu!

J: Siarkannya ke laman GitHub kami.

S: Mod apa yang ada dalam pek ini?

J: Klik mana-mana versi dan tatal ke bawah atau lihat jadual perbandingan.

S: Saya suka pek mod ini. Macam mana saya boleh menyumbang?

J: Cara-cara untuk anda membantu sudah diterangkan di sini. Terima kasih!

S: Perlukah saya memasang pek mod ini dalam pelayan saya?

J: Tidak, pek ini berfungsi pada semua pelayan yang membenarkan pelanggan vanila. Jawapan terperinci dan petua persediaan pelayan ada di sini.

S: Saya ada lebih banyak soalan!

J: Mari berbual dengan kami di Discord!

Dengan menggunakan pek mod ini, anda telah bersetuju dengan penafian berikut.

Last updated

Copyright 2020-2024 Fabulously Optimized Authors. NOT AN OFFICIAL MINECRAFT PRODUCT. NOT APPROVED BY OR ASSOCIATED WITH MOJANG OR MICROSOFT.